Masalah Angin pasang bagi lelaki

Spread the love

APAKAH tanda penyakit angin pasang? Adakah normal bagi seorang lelaki jika testisnya naik setiap kali batuk? Menurut perbincangan dengan rakan, ada yang mengatakan ia tidak sepatutnya naik. Apakah rawatan yang boleh saya jalani?

KHAIRI
Hulu Langat

anginpasang

Angin pasang atau hernia ialah benjolan di luar badan akibat organ badan seperti gumpalan usus yang terkeluar daripada pembukaan abnormal di antara bahagian dalam dan luar badan.

Misalnya, gumpalan usus yang termasuk ke dalam ruang kerandut buah zakar melalui pembukaan abnormal (yang sepatutnya tiada) di antara ruang dalam badan dan ruang dalam kerandut buah zakar.

Anda mengalami kenaikan buah zakar setiap kali batuk. Ini ialah tindak balas spontan ‘reflex Kremester’, iaitu otot Kremester yang menampung buah zakar, mencengkam atau tertarik secara spontan ketika anda batuk. Ini fenomena normal bagi lelaki.

Jangan risau dan usah dengar pandangan mereka yang tidak mahir mengenainya.
Tidak salah untuk berbincang, namun rujuk kepada pakar bagi menghindarkan anda mencuba pelbagai perkara pelik  bagi mengelak masalah lain berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • ubat angin pasang
  • minyak lintah tapa pasang