Mat rempit ‘kaki’ ubat Power

Spread the love

Kebiasaannya ubat kuat dibeli oleh lelaki yang lemah tenaga batin terutama mereka yang berusia, namun situasi sekarang berbeza di daerah ini apabila ubat perangsang itu turut dibeli oleh mat rempit kemaruk seks sekali gus menyumbang kepada masalah keruntuhan moral golongan muda.

Lebih mengejutkan, ada di antara mereka yang baru berusia 15 tahun dan dipercayai membelinya untuk tujuan mengadakan hubungan terlarang bersama teman wanita dengan lebih lama.

Ubat kuat terbamatrempitbit yang tidak memiliki kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan dipercayai buatan China serta diseludup masuk ke negara ini, boleh diperoleh dengan mudah kerana ada peniaga secara terang-terangan menjual produk berkenaan di premis perniagaan mereka di Pasar Chukai, di sini.

Ubat yang dijual pula pelbagai jenis dengan berharga RM45 sebotol, namun ubat kuat dipanggil ‘bola’ lebih popular dalam kalangan mat rempit kerana harganya semurah RM10 sebotol dan mengandungi antara lima hingga enam kapsul ubat di dalamnya.

Bekas pengguna ubat kuat yang enggan namanya disiarkan berkata, sebagai pelanggan yang pernah membeli ubat dengan beberapa peniaga di pasar berkenaan, dia mengetahui ada kalangan mat rempit turut membeli ubat berkenaan berdasarkan pemerhatiannya dan pengakuan daripada peniaga sendiri.

Katanya, dengan harga serendah RM10, mat rempit bawah umur mampu membeli ubat kuat itu malah ada juga yang berkongsi wang sebelum ubatnya dibahagi dua antara mereka.

“Lebih teruk, ada juga antara mereka mengambil kesempatan membeli ubat kuat untuk wanita yang turut dijual dalam bentuk cecair (diisi dalam botol kecil seperti botol minyak wangi) dan juga seperti tisu.

“Untuk jenis tisu, ia perlu direndamkan dalam air dan jenis cecair hanya perlu dititiskan sahaja ke dalam air untuk diminum yang seterusnya akan menaikkan nafsu wanita.

Jangan terkejut kalau saya katakan, ada kalangan mat rempit yang sanggup menganiaya teman wanita atau kawan perempuan mereka dengan memasukan ubat kuat ini ke dalam minuman agar wanita tadi melayani kemahuan mereka,” katanya.

Dia yang berumur 49 tahun berkata, berdasarkan pengalamannya menggunakan ubat jenis ‘bola’ dan sejenis ubat buatan China, ubat itu mampu membangkitkan nafsu lelaki dalam tempoh pantas iaitu 20 hingga 40 minit dan mampu bertahan selama 24 jam.

Menurutnya, dia nekad untuk berhenti mengambil ubat berkenaan sejak April lalu apabila tergerak hati melakukan eksperimen dengan menabur serbuk putih yang terkandung dalam ubat kuat itu ke atas hati ayam.

Lebih memeranjatkannya, apabila hati ayam berkenaan menjadi kebiruan dan hancur.

“Mei lalu, seorang lelaki berumur 52 tahun tiba-tiba pengsan di kawasan Pasar Chukai.

“Ketika itu saya turut berada di situ membantu memapahnya dan difahamkan dia membeli ubat kuat dan menelan dua biji ubat itu yang sepatutnya diambil sebiji sahaja,” katanya sambil mengakui peniaga yang menjual tidak serik dan masih berniaga biarpun pernah dikenakan tindakan sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, tindakan tegas perlu dilakukan agar ubat kuat yang tiada kelulusan KKM tidak dijual sewenang-wenangnya kerana selain mendatangkan mudarat kepada pembeli ia juga mengundang masalah sosial dalam golongan muda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • zakar mat rempit