Merokok jejas kualiti air mani

Spread the love

SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil.

Baru-baru ini saya melakukan ujian kesuburan lelaki di hospital swasta.
Keputusan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang kuantiti sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 23 x 106 ml/g daripada 2.5 ml isi padu, malah tiada jumlah sperma aktif dan 35 peratus sperma bergerak perlahan dan 25 peratus sperma tidak bergerak.

Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah.

Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam. Hubungan kelamin juga biasanya bertahan 15 minit saja kerana alat sulit saya tidak dapat bertahan lama sebelum ejakulasi.

SUAMI MURUNG
Kuala Lumpur

Anda menjalani ujian air mani dan mendapati bilangan sperma dan kualiti sperma merosot. Kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal.

Mungkin doktor memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel.

Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut dan di luar badan. Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma.

Sama juga jika berat badan tinggi dan anda banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana itu membuatkan buah zakar terperap dalam ‘lemak’ seolah-olah macam dalam ‘ketuhar’ yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan pengilangan sperma.

Amalan merokok boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari.

Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas. Mungkin maklumat ini dapat membuka minda dan mendorong anda berhenti merokok.

1. Mengikut kajian pakar kesuburan, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani.

Kajian mendapati jika ibu atau bapa perokok, masalah mungkin berlipat ganda apabila bahan toksik berada dalam baka dan menjadi aktif apabila si anak mula merokok. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan. Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda.

2. Merokok mengurangkan bilangan sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zakat galian Zinc.

Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius.

3. Merokok mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan ia bergerak secara ke depan memasuki serviks dan salur telur untuk sampai ke telur untuk percantuman. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan telur bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur.

4. Merokok menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas ‘free radicals’ daripada kimia rokok. Sperma tidak berbentuk normal tidak dapat bergerak dan dapat bercantum dengan telur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • rokok air mani