Senaman Tenaga Batin kesembilan
Gerakan senaman ini adalah baik bagi mengu-atkan otot paha. Jika gerakan dilakukan, akan terasa otot paha sebelah belakang diregang, dan otot paha hadapan dan otot paha tepi diurut. Regangan yang dilakukan ini diukur menggunakan jarak maksima bukan kesemua jari-jari tangan kanan dan kiri yang disambungkan, iaitu jarak antara telinga dan ibu jari kaki.
Gerakannya: Kembangkan jari-jari dan susun supaya ibu jari tangan kiri mencecah cuping telinga kanan. Ibu jari tangan kanan pula mencecah keling-king tangan kiri. Tarik nafas; bengkokkan tubuh ke arah kaki kanan dan cecahkan jari kelingking ka-nan itu ke hujung ibu jari kanan. Lakukan gerak ceca-han itu 7 kali seraya nafas ditahani. Selepas itu lepas-kan nafas pelan-pelan seraya mengangkat semula kepala ke kedudukan yang mula-mula. Ketika gera-kan, pastikan kaki kanan lurus. Lakukan pula hal yang serupa dengan kaki kiri.
