Suami tidak power

Spread the love

BARU-baru ini saya mendapat satu pertanyaan daripada seorang isteri yang nekad untuk bersuamikan seorang duda dan sanggup berdepan dengan cabaran sekiranya terdapat kekurangan atau kelebihan terhadap suaminya itu.

Kini, dia mengetahui kelemahan suaminya iaitu daripada segi fungsi seksual dan kesuburannya dan kini suaminya pula sudah mula hilang keyakinan diri dalam perkongsian hidup dengan pasangannya.

Bagi saya, si isteri membuat perhitungan ini berasakan kefahaman tentang kemampuan fungsi dan sistem kelelakian suaminya. Jika anda musykil tentang keadaan suami anda, anda sepatutnya bertanya kepada dia mengenai keraguan anda dan memintanya menjalani pemeriksaan doktor.

Ini adalah cara paling tepat bagi seorang isteri yang benar-benar mahu membantu suaminya sekali gus pasangan akan mendapat maklumat mengenai kesihatan ‘kelelakiannya’ daripada doktor dan bukan dengan pemahaman sendiri.

Si isteri menjelaskan bahawa anggota kelamin suami luar biasa daripada segi kentung buah zakar dan kedudukan buah zakar serta saiz zakar (ukuran zakar) yang kecil.

Malah, si isteri juga ada membicarakan mengenai air mani suaminya. Mengikut si isteri, air mani suami dalam keadaan cair dan mudah meleleh dan membuatkannya ragu tentang kemampuan kesuburan suami.

Kesemua keraguan si isteri itu tak berasas kerana kebanyakan kefahaman wanita tentang kesihatan seksual lelaki daripada sumber yang tidak boleh dipercayai dan tidak profesional.

Memang tepat tindakan isteri bertanya dengan pakar sakit tuan. Untuk makluman, lelaki mempunyai sepasang buah zakar dan kedudukan buah zakar mereka tidak sama.

Sebilangan besar lelaki mempunyai buah zakar kiri ke bawah berbanding kanan dan ia kelihatan besar malah sebilangannya pula kecil. Kajian menunjukkan kurang dari satu peratus kaum lelaki mempunyai buah zakar yang seimbang dan yang lain pula mempunyai buah zakar kanan ke bawah daripada kiri.

Bagaimanapun, lelaki yang mempunyai satu buah zakar sudah cukup dan mampu untuk menghasilkan zuriat! Tentang zakar, saiz dan ukuran dalam keadaan biasa (sebelum ereksi) memang kecil. Namun, apabila lelaki itu teruja ereksi mereka membuatkan zakar panjang dan membesar lebih lagi jika zakar memasuki faraj dan geselan zakar-faraj dilakukan.

Lebih teruja lelaki itu, lebih besar zakarnya mengembang dan memanjang! Jika lelaki itu dapat bertahan lebih seminit, lebih kurang anggaran satu setengah hingga tiga minit, itu sebenarnya normal.

Jika lelaki itu berkemampuan untuk melakukan seks kali kedua atau lebih, dia boleh bertahan lebih lama. Bagaimanapun, ia bergantung kepada tahap kawalan ereksi dan tahap fizikal serta staminanya.

Mengenai air mani, kebiasaannya ia pekat seketika dan akan cair dalam sekelip mata. Kemudian, ia akan meleleh daripada faraj. Hanya sperma dalam air mani yang akan masuk ke dalam salur reproduktif perempuan.

Yang meleleh bukan sperma tetapi air mani di mana air mani adalah bahan penghantar sperma. Kecairan atau kepekatan air mani bukan petanda atau menunjukkan tahap kesuburan lelaki.

Paling mustahak ialah bilangan sperma, kualiti dan kuantitinya. Untuk menyukat kedua-dua perkara itu, si suami boleh menjalani ujian air mani di makmal menerusi bimbingan doktor.

Saya pasti pilihan si isteri untuk berkahwin dengan pasangannya adalah suatu takdir yang baik. Jika anda ada apa-apa kemusykilan tentang pasangan anda, jangan malu untuk bertanya kepadanya dan jangan mendapatkan pandangan orang yang tidak bertauliah sama ada daripada bomoh atau dukun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...