Uluran atau Angin Pasang

Spread the love

SAYA mengalami masalah yang dipanggil orang kampung sebagai uluran sejak kecil lagi. Saya juga sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Kini, saya juga mendapati buah zakar serta bahagian jahitan di celah kelengkang mula bengkak serta sakit di belakang, kiri dan kanan pinggang serta abdomen.
Namun, bila ke hospital, doktor menegaskan saya hanya mengalami kencing kotor.

IKHWAN

Sungai Buluh

Saya biasa dengan perkataan orang Pantai Timur iaitu uluran yang anda cuba kaitkan dengan masalah dialami.

Mengikut kefahaman saya, perkataan uluran menggambarkan angin pasang atau angin dalam perut.

Anda pula gunakan perkataan itu untuk menjelaskan bengkak di bahagian jahitan di paras kedua-dua pinggang anda tanpa menjelaskan latar belakang jahitan itu.

Namun, pernahkah anda menjalani sebarang pembedahan? Sudahkah anda merujuk kepada doktor di hospital dan mengikut pemeriksaannya anda terkena kencing kotor.

Yang dimaksudkan itu kemungkinan anda terkena radang salur kencing di buah pinggang dan membuatkan belakang anda sakit. Doktor boleh mengetahuinya melalui ujian air kencing.

Jika masih ragu-ragu, doktor boleh cadangkan anda menjalani pemeriksaan imbasan melalui alat ultrasound.

Jika doktor lain memeriksa, dia boleh merujuk nota terdahulu dan boleh melakukan pemeriksaan dan ujian baru berasaskan pemeriksaan yang akan dibuat terhadap anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • petua angin uluran
  • petua hilangkan medu angin
  • uluran angin